Wednesday 20 November 2013

Distance...

The sun is filling up the room, and I can hear you dreaming.
Do you feel the way I do? Right now.
I wish we would just give up, 'cause the best part is falling.
Call it anything but love.
And I will make sure to keep my distance.
Say I love you when you're not listening.
And how long can we keep this up, up, up?

Please don't stand so close to me; I'm having trouble breathing.
I'm afraid of what you'll see right now.
I give you everything I am, all my broken heartbeats, until I know you'll understand.
And I will make sure to keep my distance.
Say I love you when you're not listening.
And how long can we keep this up, up, up?

And I keep waiting for you to take me.
You keep waiting to save what we have.

So I'll make sure to keep my distance.
Say I love you when you're not listening.
And how long can we keep this up, up, up?

Make sure to keep my distance.!
Say I love you when you're not listening.
How long 'till we call this love, love, love?

Songwriters: Hodges, David / Perri, Christina

P/S: for someone maybe...

Saturday 8 June 2013

selamat berjaya untuk saya !


x tahu nak tulis apa tapi ternyata aku boring x tahu nak buat apa. sebab dah letih menghadap tulisan dan lappy menyebabkan power cermin mata pun macam dah kene tambah jee. haha !

final exam hampir sangat tiba.. !
and macam biasalah last month yang super duper busy sebab hari2 ada submission or presentation. tapi apa pun satu hari ada 24 jam and aku rasa masih cukup alhamdulillah.. :)

untuk semester nie aku ada 4 final paper and dah siap print lagi tampal kat dinding meja study. haha. maklumlah cepat lupa so memang semua bende kene tulis note..  hehe

nie lah jadual exam aku yang pack! sebab paper semua dekat2 jeeee... hadehhh... pitam kejap. hehe

selamat berjaya untuk aku..
hehe.. nak anugerah dekan lagi!! yeahhhh..

#untuk kali ini silalah buang semua hard feeling supaya x tambah stress please

sekian...

Monday 3 June 2013

ehhh.. dah tambah lagi satu?


As salam...
juling dah mata ngadap tulisan yang kecik besar kecik besar je aku tengok.
haha.. mata rabun memang macam tu..

so untuk menghilangkan rasa tepu dalam kepala otak aku niehh
aku pun nak cerita AKU DAH 21 TAHUN!! aku dah boleh mengundi lepas niehhh B-)

betul ke? badan pun kecik je x besar2. haha
actually dah lebih seminggu dah tarikh keramat dalam hidup aku tu.
24 Mei tarikh keramat sejak aku hidup dengan Md Som Bin Kalimin dan pasangannya Siti Aminah Binti Rahani dari tahun 1992.

hehe.. tak up to date langsunglah entry nieh. tapi peduli apa aku. tempat aku so aku punya pasal lahhh.. peace yawww..!

yang bezanya tahun ni aku takdak dapat kek macam tahun lepas. hehe. tapi tak kesah lah. takkan tiap tahun makan kek. ^_^

the following are some of the things yang aku dapat dari teman serumah, kawan2 JPK Jasmine and my bestfrend !
thanks a lot uolls <3


haa.... yang kad nieh dari housemate aku. cantik kan? siap ada lipstik diorang lagi. huhu. 
sayang sangat korang. 
thanks Nurul Atiqah Yazid yang pergi membeli kad nie. and also thanks pada Rosazlin Rosman, Nur Adillah Hassan, and Nur Farahani Abd Mutalib yang menyumbangkan bibir anda atas kad ucapan nieh.. sweet sangat.. hehe.. thanks a lot!

dari kawan2 JPK diorang pulak nak try prank aku. haha.. konon nak buat aku menangis tapi sorry beb. aku dah biasa prank orang. so x lut la dengan aku. hehe. tapi aku rasa terharu sangat sebab diorang masih ingat lagi. hehe.. terima kasih untuk semua ucapan itu and kek coklat yang aku x nampak pun kek nya sebab dah habis disambar sebelum aku lihat. haha.. korang memang best!! a lot of love too for you guys.


next!!!
yang nie pulak dari bestfriend aku SURAYA ABDUL RAZAK. yang bestnya aku dapat sejurus aku sampai  ke rumah untuk bercuti di kampung. hehe. actually takdelah sejurus sangat. tapi agak sejurus jugak lahh.. ehh.. apa aku merapu nieh. btw thanks a lot friends. 
coklat nieh asalnya dalam kotak yang besar. tapi aku dah buang kotak tu sebab besa sangat and sebab gambar nie aku ambik waktu aku dah sampai shah alam. hehe..

tahun nie jugak mak aku buat comel. sebab dia wish seminggu awal waktu call aku. haha. tapi boleh pulak dia lupa waktu harinya. haha. actually die dah silap tarikh sebab anak dia 5 semuanya. mana nak ingat semua. hehe. tapi kite tetap sayang emak! muuuuuaaaahhhhh!!

and also thanks a lot untuk semua yang wish samada ingat atau FB yang ingatkan anda semua.. thank you.. hehe



ehh.. tak habis lagi.. masih ada satu lagi yang rare pada hari lahir aku yang ke 21 nieh.. ni lahhhh...!!


dengan ucapan AWAK DAH DUA PULUH SATU!!
ehh.. tu ucapan kee? haha. aku pun tak tahu.. aku dapat sendiri free dari penulisnya. and bersamanya hasil kerja dia yang lain. terima kasih awak !

alamak!! lupa lak nak mintak autograf dalam buku tu.. hehe..
tak pe.. awak saya punya.. hahaha (ketawa jahat)
nak pinjam?? 
belilah sendiri. tu pun kalau jumpa. hehe :D

okeyh. dah habis. entry yang tak up to date and dah agak lapuk. tapi persetankan semua tuu..

#sambung buat kerja lepas buang masa kejap..
bukan buang masa.. curi masa.. hehe

sekian... TQ readers!

Saturday 1 June 2013

di sebalik tirai


tempat termenung
memikirkan masa depan
haha!
ketawa lucu
kau memang tak habis2 berangan

tempat kau ditimbus kerja yang superb banyak!
jangan mengeluh
ini masa kau susah
tanam impian banyak2 sebagai "catalyst" untuk kau berjaya kelak
insyallah..

tempat kau menuntut ilmu
untuk menjadi seorang yang berguna kepada bangsa kau kelak
kerana bangsa kau semakin ramai yang hanyut dengan duniawi yang melalaikan
tapi kau bukan kan?

itu cuma angan2..
tapi tak salahkan?

tempat itu jugak
tempat kau duduk bersila lepas bertemuNYA
untuk mengalunkan ayat2 suci itu
sambil membaca maksud sebenarnya
supaya kau memahaminya

tempat itu amat bermakna buat kau
yaaa...!
tempat kau meluah persaan atas sehelai kertas berikat yang tebalnya buku
tempat kau mencatit diari hidup kau
untuk menjadi ingatan
kau kan pelupa orangnya!

tempat itu akan kau tinggalkan suatu hari nanti
dan tempat itu jugak akan kau rindu kelak
seperti mana kau rindu tempat2 yang menjadi sebahagian dalam sejarah hidup kau
kau kan suka sejarah
tapi itu bukan dulu sahaja?

itu pandangan dari tempat itu
disebalik tirai dari tempat itu



#tolonglah buat benda berfaedah petang2 selain dari tidur!

sekian...


Wednesday 15 May 2013

dua benua itu


di antara dua benua itu
jauh nun di sana
di perantauan
dan benua lagi satu
dekat di sini

di antara dua benua itu
ada dua hati
satu menanti
satu lagi tak pasti

di antara dua benua itu
dia bertanya
sudikah menjadi pilihannya
teman sehidup semati
sedangkan hati sudah cuba di tetapkan
pada yang satu itu..

bagaimana hendak diturut permintaan itu
bagaimana hendak menjawab pertanyaan itu
andai sudah takdir bersama
takkan lari gunung dikejar

sedang hati cuba menerima
sedang hati cuba membiasakan

tapi mengapa yang satu semakin menjauh
menjauh tenggelam
dalam mimpi yang tak pasti

Sunday 12 May 2013

conteng conteng


as salam..
dah penat buat Database Project, then time for a break.
kali ini aku nak cerita pasal lukisan yang aku baru buat tempoh hari.

aku bukanlah insan seni. aku tak lah reti sangat melukis. memang tak reti melukis pun. tapi ketawa sendiri jugak bila tengok lukisan nieh..
tapi ini bukan lukisan yang aku lukis manually guna tangan and pensel tau.. lukisan ni aku buat masa kelas Multimedia guna software Macromedia Director. alah... lebih kurang dalam paint je.. bukan dalam software superb canggih dan complicated yang memang untuk melukis or edit gambar.. sebab tujuan buat lukisan nie pun untuk belajar Multimedia je. hehe
lukisan budak tadika pun lagi cantik.. haha

supposedly lukisan nieh akan bergerak. nama pun belajar subjek Multimedia kannn... kereta tu akan bergerak dari kanan ke kiri then awan tu pun akan bergerak-gerak jugak. tapi cukuplah aku attach picture yang aku print screen nie je.. hehe.. aku tengok sendiri pun segan. tapi aku sangat enjoy buat bende nieh. :)

Database...
subject yang aku rasa akan aku apply untuk masa depan. heheh..
sebab.. aku bercita-cita dari aku kecik2 lagi yang aku nak bina 1 mini library kalau aku ada rumah sendiri nanti. haha. lebih kurang angan2 lah. bukan pe.. berangan kan FOC. so why not kann.. hehe
apa yang aku nak buat aku akan bina mini library sendiri dengan database yang aku akan create sendiri.. hehe.. untuk anak2 and keluarga.. hahahaha
memang kuat berangan betul.. heheh

btw. cita2 and angan2 tanpa effort lebih kurang macam2 Mat Jenin la kan. so aku akan belajar dengan sebaiknya.. insyallah.. :)

p/s: baguih jugak berangan tu sebab bagi semangat.. hahah -,-

sekian..


Friday 10 May 2013

sometimes or most of the times..


sometimes we laugh together
sometimes we play together
sometimes we talk together
sometimes we smile together
sometimes we share together
sometimes we walk together
sometimes we seeing each other..

sometimes we are like a child
sometimes we are like a very best friend
sometimes we are like a couple that never fight
sometimes we are like a loving couple
sometimes we are like a very happy couple..


but most of the times we are stranger......


Saturday 4 May 2013

kamu..


senyap tak beerti tidak peduli..
berahsia tak beerti misteri...

aku bukan seperti yang kau sangka...
sejarah menghantui aku masih..
aku takut sejarah berulang lagi..

jadi tolong bagi aku sebab kenapa kau masih disini..
bagi aku sebab kenapa kau masih diperlukan..
bagi aku sebab kenapa kau masih penting..
untuk aku dan mereka..

kau sudah matang..
tunjukkan kau begitu..
bukan aku hanya mampu melihat kau berpura..
menanam dosa yang tak sudah..


tolonglah aku merayu
tapi patutkah aku merayu pada kau yang tak pernah sedar diri?


Monday 29 April 2013

remember !


assalamualaikum...
baru habis cuti pertengahan semester aku.. so back to work lahh..

macam biasa habit aku yang paling susah nak buang.. buat kerja last minute.. haha.. bukan pe.. kerja last minute nie lah baru semua idea nak termuntah..

hehe.. bila dah last minute nie baru sebok mencanang kat orang hari-hari busy.. padahal masa mula-mula dapat eseimen asyik dok menangguh jaa.. haishhh... manusia.. hehehe

so malam nieh adalah malam aku bertukar menjadi panda semula.. haha... pun boleyyy....

psst... psstt... !

save that day!
yeahh... that day will be remembered.. what is it??

x payah la nak canang kat semua orang tarikh apa tu.. just it is 22 April 2013.. :)

it will be the secret? hmm... maybe.. ngeee..


Saturday 23 March 2013

thinking


i'm not perfect... and i know it.... because nobody perfect...
and i need someone to perfecting my life... soon... soon... soon....

"yang terindah x semestinya yang terbaik...
yang sempurna x menjanjikan kebahagiaan...
tapi jika kekurangan dapat diterima... itulah kesempurnaan sebenar... insyallah..."

never feel lonely... because Allah is always by your side...

the journey is just begin... be strong and never ever looking back..
keep calm... and just try it... yes try it...

what are they looking for? what is their intention?
don't try to steal it if you want to make an experiment....
don't try to steal it if you just want to make a joke...
don't ever try to steal it if you just want to give hopeless...


Friday 22 March 2013

you are everything


assalamualaikum w.b.t

panas.... panas.... panas.....
air.... air.... air.... hahahaha...

tu lah yang bermain dibibir bibir kami penghuni kolej jasmine, uitm kampus puncak perdana... why??? sebab dah dekat seminggu kitorang dah takde air dah kat sini.. ada pun bila awal pagi... atau pun waktu siang je hingga masa tertentu... rumah yang level lagi tinggi dari level 3 dah seminggu lebih paip diorang semua kering.. kontang... sebab langsung x keluar air langsung kat kepala paip tu haaa....

dengar katanya sebab masalah pam air SYABAS kat area puncak perdana nieh... sampai bila krisis air nie nak berakhir pun x tau laaa...

mujur lah ad insan yang prihatin hantar air untuk kami malam-malam... TQ so much pakcik2 SYABAS... kalau x alamat mati kering jugak kitorang kat puncak nieh... dengan panas nya yang menjadikan daging salai boleh masak atas kulit2 nieh... hahahah....

oleh sebab tu jugak senget jugak bahu aku nie mengangkut air tu semua... nak wat bekalan untuk mandi pagi sebelum pergi kelas punya pasal... kalau x memang alamat masam sememeh jela muka aku nie masuk kelas karang... memang la ku dah biasa koboi2 nieh... tapi x la sampai x mandi pagi before pergi kelas kannn... hahahah...

by the way... doakan la krisis air kat sini cepat2 sembuh... dah x larat den nak angkat air jeee.... boleh jatuh peranakkan... hahahah...

you are everything water~
TQ for pakcik2 SYABAS and TQ for read this... :D




Thursday 14 March 2013

macam-macam....


assalamualaikum...
lama x menulis.. semakin hari semakin busy... maklumlah kuliah dah bermula... kerja pun semakin bertambah.. ditambah jugak kerja-kerja berkaitan persatuan... wahhh... bak kata kawan2 aku wanita bekerjaya... hahahah... actually x kerjaya mana pun.. aku memang suka hidup busy.. sebab sekurang-kurangnya masa aku x la membazir dengan aktiviti x berfaedah kan..


hahah... ok abey pasal tuhh... sebenarnya nak citer pasal jalan2 aku lagi.. heheh... last week kawan2 aku  telah mengheret aku pergi Jalan Tar KL... sebabnya... opkos la pergi shopping... alhamdulillah habis beratus jugak duit2 kami... huuuuaaahhhhhh!!!!!!! lepas nieh ramai2 makan baju... sila lah bagi resepi.. hahahah...

actually tu first time aku sampai kat sane... maklum lahh... aku nieh perempuan kampung... hahahah... dok uma je gitu x kuar2... kekekek... :D
aku shopping x lah banyak sangat walau di mata aku banyak pun... sebab kata x banyak sebab masih x dapat nak menandingi kawan2 aku yang lain shopping... heheheh... percaya x kalau aku kata dah dekat setahun lebih aku x shopping barang2 sendiri??? hohohoho... tolong lah percaya... memang tu lah yang sebenarnya... sebab dah lama sangat x shopping aku pun macam rusa masuk kampung sebab x tahu apa nak beli... setelah pusing2 baru la aku decide untuk beli baju dua tiga helai... lepas tu jalan depan sikit beli lagi... huhuhu... orang perempuan nieh memang pantang nampak bende cantik sikit... kalau berkenan terus nak beli.. heheheh...

kata ustaz aku ada beberapa jenis syaitan.. antara jenisnya yang dok kat pasar.. kalau moden sekarangnya shopping complex... lagi spesifiknya tempat membeli belah x kira kat mane pun... syaitan nieh kerjanya goda manusia suruh shopping banyak2 sampai benda x perlu pun nak dibeli sekali...

alhamdulillah masa shopping hari tu semua bende yang aku beli bermanfaat pada aku and tiada pembaziran melampau.. hehehe... tapi nak khabar nieh.. baju2 kat sane memang superb murah2 belaka... kalau rasa nak baju cantik and murah boleh la kot pergi sana.. hehehe.. x memasal jadi promoter jalan tar... tapi mesej nieh khas untuk kaum wanita ye... kaum adam rasenya lagi suka barang brand kot (pemerhatian daripada kawan2 aku) heheheh

akeyh.. habis pasal jalan tar... nak sambung pasal interview... huhu.. panjang pulang citernya nie haa...
malam nieh iaitu 14/3/2013 jam 9 malam aku ada interview.. untuk apa?? entah lee... persatuan kat fakulti tempat aku belajar.. macam mana aku bley terjebak nieh??? x cukup busy dengan JPK keeee... hahahah... nie kes nak teman kawan2 aku le nieh... aku x harap pun dapat... just doa moga kawan2 aku berjaya dalam interview tuu... aku just mengharap pengalaman jee... hehehe... and a day after that aku pulak yang pergi meng interview orang.. hohoho.. untuk apa pulak?? untuk JPK lahhh... selaku bendahari.. aku perlu melakukan tugas tu bagi memilih keluarga baru... chewwaaaahhhh.. ayat formal pulak... kekekeke... practice make perfect okeyh.. wish me luck for everything guys...

ok lah... time to sleep baby... hahaha.. baby mane pun aku x tau... haha

thank you for reading this...
as salam...


Monday 4 March 2013

beautiful love


assalamualaikum...
rasa nak menaip.. tapi x tau apa nak taip... adehhh...

hmm... maybe aku nak meluah perasaan sikit kot malam nieh... hahahah... nak meluah perasaan pada siapa??? wakakakaka.... buah hati pon xde kan... kekekeke....
opsss... x memasal nak promote aku single lagi... hohohoho... memang single full time.. nak camne kan...

xpelah.. aku nak meluah perasaan pada awak... yee awak.... ye pada awak.. siapa pun awak yang akan menjadi encik suami untuk saya suatu hari nanti... chewahh.. ehehehe... pada awak yang saya x tau siapa pun lagi.... saya x kenal lagi... and maybe saya x jumpa pun lagi...


saya cuma nak cakap... saya harap awak lah jodoh yang akan membimbing saya ke syurga.. saya inginkan awak menjadi imam di setiap solat saya... insyallah.. saya akan menjadi isteri yang taat pada awak nanti... insyallah... hati ini akan saya simpan hanya untuk awak.. ^_^

eh... apsal jiwang sangat nieh malam2 nieh... hahahah... tah lerrr... sebab tengok kawan keluar jumap family 'en.awak' tadi petang... hehhehe.. 'en.awak' tu means boyfie kawan aku tu haa...

okeyh... esok start kuliah for semester 4... wish me luck for this sem... aminn...
ngantukkkkk....... -,-
wasalam...




Tuesday 26 February 2013

going high

assalamualaikum...
hye guys... it is the time for story moryy of me... heheheheh 

aku nak share sikit pasal my trip to CAMERON HIGHLAND... actually this is my 1st time going there... alhamdulillah aku berjaya sampai ke Tanah Rata, Cameron juga akhirnya.. huhuhu... 

*mod happy sangat + excited + lompat2 kegirangan... hahahaha... x tergambar happy nya tuu.... 
actually trip nie pun last minute punya plan... bila dah sebut last minute memang redah jelah... tapi alhamdulillah semua berjalan seperti ekot dalam plan...

kitorang tidur 1 malam je kat sane... kitorang bermalam di country lodge resort at brinchang, pahang... price nya pun ok2 lah... yelahh... tempat peranginan kan.. bagi kami yang student nie mestilah memilih room standard je because 1st mestilah kitorang tengok price dulukan... tapi kalau you guys nak bawak family boleh jee pilih yang lebih baik..... and service kat hotel nie pon not bad laa... nie ada gak pictures yang aku sempat snap sekitar hotel tuuu...
the scene at the left side of the hotel


the way to the hotel at night

in front of the hotel's lobby. curi2 gambar waktu malam sebab segan nak snap picture depan ramai orang.. hehe

our room number.. tingkat 3.. gigih gak nak panjat.. huhu

me in front of our room.. the view


hari pertama kitorang memulakan perjalanan seawal jam 8 pagi... x lah awal sangat kan... and hari pertama jugak kitorang sempat jugak shopping masa on the way ke hotel tu dengan singgah kedai2 kat tepi jalan tuuu... and you guys kalau nak shopping kat kaki bukit tu you guys kene jugak perhatikan price yang diorang tawarkan jugak.. sebab ada kedai tu harga dia agak tinggi sikit berbanding kedai lain... barang sama jee.. so bandingkan la offer yang diorang bagi sebelum purchase okeyh... ^_^

aku??? shopping sikit2 jee... sememangnya aku memang x reti sangat shopping... sebab dalam kepala otak aku just fikir jangan membazir jee... hehehhe... kalau aku shopping pun untuk sahabat2 and family jee... yela... mereka sentiasa di hati.. hehhe
aku ada jugak lah shopping something... antaranya keychin, strawberry semestinya.. keychin magnet and starwberry kering khas untuk dibawa pulang untuk bonda tercinta bila cuti nanti... huhu... and x ketinggalan juga... cactus yang sangat murah dijual disana... memang aku cari yang berduri punya... huhuhu... 

habis tentang shopping nak cerita pulak tentang tempat2 yang kitorag sempat lawat sepanjang trip tuu... 
dengan suhu serendah 23.10 darjah celsius kitorang berjalan-jalan mencuci mata sekitar cameron... trip kitorang selama 2 hari 1 malam tu memang ditemani hujan jeeeee... kalau x hujan pun gerimis... tapi bila malam memang super duper sejuk lahhh bagi aku yang memang dah biasa sangat dengan iklim khatulistiwa nieh.. heheh...

hari pertama yang paling best adalah strawberry milk shake at Raaju's Hill strawberry farm.. memang rasa sangat fresh nya strawberry tu x terkata... huhu... nie sample yang kitorang minum... you guys mesti rasa kalau datang cameron nanti... sedapppp.... rasa sekali pasti nak lagi... huhuhu... harganay just RM 5.00 per cup...
strawberry milk shake

gigih sedut milk shake tu dengan penuh perasaan.. heheh

my friends with the strawberry milk shake


and hari second aku rasa yang paling awesome adalah tea farm... harap maklumlah aku nieh anak johor.. mana ada semua bende tu kat johor kan.. so memang jakun syok sendiri la aku kat situu... heheheheh.. and some of my collection here... :)
at the tea farm

the tea farm

syok sendiri at tea farm.. hehe

the tea house in front of the tea farm

habis tentang ladang teh... malam kitorang kat sana sempat jugak kitorang bersteamboat memandangkan suhu yang rendah dari biasa.. hehehe... kitorangpun memilih untuk makan something yang panas... and for the information seafood kat cameron opkos la mahal sebab jauh dari laut... berbanding sayur yang sangat2 murah... sebab yang memang kita tahu la... cameron memang tempat tanam sayur... so untuk you guys yang vegeterian memnag cameron syurga sayur you guys lahh.. heheheh..
bawah nie plak some of my collection picture steamboat.. the price is RM23.00 per person... tapi belum campur minuman and teh hijau tu tau... nyum3... 
the place where we had our steamboat as dinner.. the place tanah rata cameron highland, pahang

muka aku yang lapar + sejukkk

capuccino.. nyum2..

the green tea
strawberry tea

the menu

the steamboat before we eat

my plate after.. heheh

and the last... aku nak cerita pasal cactus... kat cameron nie cactus super duper murah laa... so sempat lah kitorang shopping cactus kat sini... rambang mata gak masa nak pilih cactus... so aku pun berazam untuk membela 3 ekor cactus yang aku beli menggantikan sang ikan yang telah menjadi arwah suatu ketika dulu... heheheh... 
aku yang rambang mata... hoho

the butterfly farm near the cactus shop

cactus!!!

2nd day at the cactus point

the point for the cactus. many variety of cactus... 2nd day kitorang singgah tempat nieh

the beauty of the cactus

and the following some pictures yang sempat aku snap sepanjang trip to cameron highland.. and something yang aku shopping untuk di bawa pulang bersama..
kalau pergi cameron x beli si dia nie memang x sah la... huhu


aku tengok si dia paling banyak kat cameron nie. kawan aku kata untuk diorang angkat sayur and hasil bumi yang lain lahhh..

the view around the hotel early in the morning

good bye cameron..
actually banyak lagi pictures memandangkan kami memang gila gambar... tapi x bolehlah nak publish semua... cukuplah untuk simpanan peribadi kami jeee... hheheheh...

okeyh... that's all for my trip during semester break... good bye CAMERON HIGHLAND... see you again... insyallah...

thank you for you time to read this...
salam.. ^_^