Wednesday 15 May 2013

dua benua itu


di antara dua benua itu
jauh nun di sana
di perantauan
dan benua lagi satu
dekat di sini

di antara dua benua itu
ada dua hati
satu menanti
satu lagi tak pasti

di antara dua benua itu
dia bertanya
sudikah menjadi pilihannya
teman sehidup semati
sedangkan hati sudah cuba di tetapkan
pada yang satu itu..

bagaimana hendak diturut permintaan itu
bagaimana hendak menjawab pertanyaan itu
andai sudah takdir bersama
takkan lari gunung dikejar

sedang hati cuba menerima
sedang hati cuba membiasakan

tapi mengapa yang satu semakin menjauh
menjauh tenggelam
dalam mimpi yang tak pasti

5 comments:

  1. antara dua benua tu siapa orang nyer???? aku ke? hehehe

    ReplyDelete
  2. Antara dua benua tu hanya satu je yang akan menjadi pilihan. cinta tak bermaksud memiliki, tapi cinta pada yang hakiki lebih baik dari cinta dunia. BFF for ever..

    ReplyDelete
  3. haha.. thanks din.. you are a wonderful friend.. :)
    kalau kau la orangnya manakan boleh anjing bertemu kucing.. heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau anjing dengan kucing ibarat air dan api.. itulah penyeri hidup der... kalau air dengan air boringlah. oleh plak aku jadi dokter cinta.hahahaha

      Delete
    2. petunjuk dari yang Esa pun sudah mendapat jawapanya.. Hanya dia yang maha mengetahui.. tak salah kau menjadi dokter cinta.. and kau memang begitu.. hahahahha... tapi kawan ingatlah.. simpanlah cinta pada yang layak sahaja.. hehe.. pesanan untuk aku jugak nieh.. sama pakej.. hehe :)

      Delete